It's been a very long time since I last update this blog. Oh my! this is very very bad. :D Today I really have to do it because I had volunteer to test a pattern for Lina A. R second book. Since the book is going to be in Bahasa Malaysia, and will be distributed in Malaysia, I will write this entry in Bahasa Malaysia. Should my friends who cannot understand Bahasa Malaysia, I am happy to explain for you if you interested to know. :D
Sekiranya anda pernah membeli buku seni kait jarum satu terbitan PTS Millenia Sdn Bhd, anda mesti kenal dengan penulisnya iaitu Puan Lina A. R. Buku pertama beliau bertajuk "Jahitan Crochet - Siri Satu" menampilkan projek-projek asas yang mudah untuk diikuti dan difahami. Buku tersebut telah mendapat sambutan yang hangat. Sekiranya anda belum mendapatkannya, anda boleh ke rak-rak "craft" di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Harris atau anda juga boleh dapatkan secara online dari Puan Lina sendiri. Beliau juga bersedia untuk menerima tempahan secara pos. Sila lawati blog beliau :
http://pinkyfrogshop.blogspot.com dan lihat sendiri projek-projek yang telah dimuatkan di dalam buku tersebut. Selain itu, blog tersebut juga ada menjual berang-barang kelengkapan mengait dan kit-kit permulaan.
Dengan sambutan yang menggalakan itu, pihak PTS Millenia Sdn. Bhd telah bersetuju untuk menerbitkan buku kedua Puan Lina. Buku yang dalam proses pembikinan itu akan memuatkan lebih banyak paten-paten untuk kegunaan harian dan idea-idea kreatif untuk menjana pendapatan keluarga terutama bagi surirumahtangga sepenuh masa. :D Antara paten yang dimuatkan di dalam buku ini adalah paten kopiah yang buat masa ini dikenali dengan nama kopiah Adik dan Abah. :D Paten ini ditulis dengan variasi saiz yang boleh disesuaikan mengikut umur. Sebagai contoh, paten yang telah saya uji (pattern testing) adalah seperti gambar di bawah. Modelnya adalah anak saya yang berusia 3 tahun. Hensem dak? hehe
Paten yang saya uji ini di tulis dalam bentuk rajah (chart). Ia mudah difahami dengan nota ringkas dan arahan yang lengkap yang disertakan. Peralatan yang diperlukan serta mata kaitan yang berkenaan juga dinyatakan dengan jelas. Kopiah yang saya buat ini menggunakan benang Minlon dengan jarum bersaiz 3.5mm. Benang Minlon adalah setara dengan jenama Nona dan Wina dari segi "weightage" ia itu "sport weight" atau dipanggil juga 4 ply. Kopiah ini saya siapkan dalam tempoh kurang dari 2 jam. Ia dikategori dalam "fast project" atau projek pantas. Ia amat sesuai untuk dijadikan hadiah di saat-saat akhir (last minute gift). Mata jahitan (stitch) yang digunapakai adalah ch, sc dan dc. Semua mata jahitan tersebut dikategorikan sebagai mata jahitan asas (basic stitches) yang banyak digunakan dalam projek-projek peringkat permulaan (beginner's projects).
Saya harap buku kedua Puan Lina akan mendapat sambutan yang baik seperti buku pertamanya. Marilah kita menyokong penulis tempatan kita. :D Puan Lina, fighting!
Terima kasih kerana membaca ulasan ini. :D Kepada yang berminat untuk melihat hasil kerja saya memandangkan saya jarang update blog ni, buleh la ke Facebook Page saya iaitu " Seri Handmade". Buat masa ini saya banyak membuat bear sebagai gift dan keepsake. Terima kasih kepada semua yang sellau menyokong saya juga. Anda semua amat saya hargai.
terima kasih